Wednesday, 23 May 2012

Sengugut

Juga dikenali sebagai period pain, dysmenorrhea atau pun menstrual cramps. Yan tak ingat secara detail sejak bila sengugut Yan menjadi semakin teruk. Seingat Yan mungkin start dalam tingkatan 4 dan 5. Semakin lama, setiap datang bulan, Yan mesti mengalami proses yang amat menyeksakan bagi seorang perempuan.

Pengalaman
Ia akan start pabila period pertama dan akan berakhir bila masuk pada hari ke-3. Kaki Yan akan rasa sejuk dan kejang. Seluruh badan dan tapak kaki pula rasa sejuk dan bisa . Walaupun Yan masih belum kahwin, tapi yan rasa sepanjang period pain tu, seperti Yan dalam keadaan berpantang selepas bersalin. Yan perlu makan makanan yang panas-panas sahaja. Ais cuba elakkan. Mandi pun Yan akan mandi air panas pagi dan petang. walaupun biasanya selepas balik kerja dan cuaca amat panas, perlu jugak mandi air panas. huhuhu.. nak berjalan tak payah cakap lah. kena perlahan-lahan. 

Dah pelbagai cara Yan cuba untuk mengurangkan bisa senggugut ini. Antaranya:
Bertungku. Sama ada menggunakan tungku bes, tungku moden atau pun hot pack. Sama ada yang letak dibahagian rahim ataupun duduk dia atasnya. Memang akui darah banyak keluar . Tapi bila badan kembali sejuk (Sebab Yan berkerja dalam aircond), jadi cara ini bagi Yan sebagai kelegaan sementara. Bulan seterusnya akan jadi lagi.

Tambah best kalau balut dengan daun mengkudu dan daun pisang. tapi agak berat dan susah nak cari daun-daun tu..

Cantik, cepat dan senang. Tapi yan stop guna lepas kawan guna dan kainnya jadi cair. barang elektrik lagi. Made in China lagi. fuh!

Kerap mandi air panas. Sehingga kawan kata Yan ni terlalu manjakan dan menjaga badan. Nanti dah kahwin dah beranak lagi susah nak jaga blablabla. Bagi Yan pendapat dia tak boleh diterima. Ni kan badan kita anugerah Allah yang kalau nak cari galang gantinya, bukan senang macam nak cari barang di kedai-kedai spare part. Lagipun bukan ke mencegah lebih baik daripada mengubati. Ok, mandi air panas ni memang melegakan dang minghilangkan stress tapi ia juga tergolong dalam memberi kelegaan sementara saja..

Ambil Jamu. Yan memilih Nona Roguy set lawas yang ada 3 warna. Biru, merah dan hijau. Selalunya warna merah iaitu Lawas kencang sebab dia kuat sikit. Ia akan bagi darah period tu keluar banyak. Tetapi ia juga berkesan untuk sementara iaitu bila Yan makan. Bulan seterusnya jadi balik.



Sapu segala minyak angin. Minyak Mestika,Minyak Mustajab Nona Roguy, Losyen Mustajab Pati Halia (Oren,hijau dan merah) semua Yan dah try, lotion Jerangau Merah.. bau semuanya memang sedap. tapi... Yan anak dara lagi.. tapi.. tapi.. memang dah macam keadaan orang dalam pantang.. :'( .. Juga hanya beri kelegaan sementara..

Mak kata minyak ni guna kat adik beradik Yan dari kecikk lagi. hehehe

Minyak ni memang bagus tip top pelbagai guna. Di rumah Yan memang tak pernah terutus simpanya.

Memakai stokin tebal sepanjang period. Ok, tak perlu cakap lagi. memang dah nampak macam orang tengah berpantang. Juga kelegaan sementara.

Makan pain killer Ponstan 500mg stat. Ini langkah terakhir Yan bila rasanya nak cepat hilangkan rasa sakit. Selalunya Yan ambil masa Yan sibuk nak kerja dan perlu jalan banyak. Doktor kata ubat ni paling selamat diantara semua pain killer. Walaupun dia tak mengganggu pergeluaran darah,tapi masih memerlukan makan setiap bulan.
Walaupun dikatakan selamat, Yan limitkan ambil sekali sebulan itupun kalau betul-betul perlu

p/s Pernah juga tanya-tanya orang macam mana nak bagi period pain ni ilang terus. kebanyakannya jawab, kahwin. o_O

Monday, 21 May 2012

Testimoni daripada Rakan-Rakan

Yan telah share PB dengan rakan sekerja yan. Baru  try fitting tak sampai 30 minit tetapi mampu mengukir senyuman confident di wajah mereka. Tak percaya jom lihat buktinya. Zass!! :D.


Wan Asmida
Juru X-ray
Anak seorang


Kak Nab
Cleaner
Anak 5 orang 


Kak Ju
Cleaner
Anak 2 orang


Nabila
Staff Nurse
Anak Dara :P

Perasan tak wajah-wajah selepas memakai PB? Terbit aura confident habaq hang! bukan lakonan tau! hehehe.. Bagi yang berminat nak mencuba please contact me. Free fitting tau! Cepat-cepat sementara masih ada diskaun untuk Raya (boleh jimat dalam 600!!) . Takkan Raya nanti tak nak pasang badan?! hee~


Sunday, 20 May 2012

Ada Apa Dengan Premium Beautiful Part 1

Apa yang anda tahu tentang Premium Beautiful (PB)? Mungkin ada dikalangan anda pernah dengar tetang PB,mungkin tidak. Di sini Yan hendak kongsi apa yang Yan serba sedikit tentang PB. Jika terdapat kesilapan, maafkan Yan dan sila perbetulkan ya. ^_^
PB ialah sejenis corset yang selalunya dikaitkan dengan pakaian perempuan. Ia terdiri daripada yang 3 peice iaitu :

Long Brassiere (LB)


Long Girdle (LG)


Waist Nipper (WN)

Melihat tekstur dan fesyennya seimbas kelihatan seperti corset-corset yang ada dalam kebanyakan pasaran. Tapi tahukah anda ia direka khas lebih kepada kesihatan (70%) dan kecantikan  (30%)?

Apa keistimewaan PB ni? tengok macam biasa saja. 70% untuk kesihatan? mengarut! marketing lebih. Biasalah!

Nope. Ia bukan mengarut. PB adalah satu-satunya corset ber-infrared kekal yang mendapat pengiktirafan Superbrands. Jika anda masih fikir ia mengarut, bagaimana produk ini mampu bertahan di pasaran selama lebih kurang 15 tahun? Jadi terbuktilah ia produk bermutu yang dipercayai.
Apa yang buat Yan suka memakainya setiap hari (selalunya lebih 8 jam) kerana fabriknya yang tak merimaskan. Setakat ni Yan ok memakainya sepanjang duduk berkerja di negeri Perlis yang terkenal dengan cuaca panas keringnya :D
Special PB ni dia dihasilkan berlandaskan teknologi 3 buah negara maju iaitu German dari segi fabriknya yang selesa, Jepun iaitu tenunan infrared dalam benang (tak mudah hilang seperti infrared tampal seperti kebanyakan korset biasa) dan teknologi US dari segi jahitannya. Jahitannya juga dipanggil jahitan stereoskopik , di mana jahitan yan mengikut susuk tubuh badan terutama perempuan agar lebih selesa dan kemas.


Kenapa Far Infrared Rays (FIR) ni banyak diberi penekanan? apa yang dia boleh buat?

IR adalah gelombang elektromagnet. Tetapi PB menggunakan FIR yang lebih sesuai dan selamat untuk tubuh manusia. Apabila FIR ini bersentuhan dengan badan kita, ia akan diserap oleh molekul-molekul yang terdapat dalam tubuh. Ia akan menghasilkan resonance atau getaran berterusan ( resonant frequencies ). Seterusnya menghasilkan tindak balas haba. Mekanisme ini akan menyebabkan salur darah kita akan mengembang. Maka darah akan mengalir dengan lancar. Tubuh pun terasa segar kerana sel-sel dalam badan mendapat bekalan oksigen mencukupi. Certain orang yang memakai PB akan rasa mengantuk untuk sehari dua. Jangan risau, ini kerana FIR cuba melaraskan kandungan alkali dalam darah kerana kemungkinan besar, darah mereka berasid

to be continue.. 

Berbekam itu Sunnah

"Berbekam atau Hijamah iaitu dengan cara menyayat bahagia kulit kemudian mengeluarkan darah kotor dengan menggunakan gelas atau alat berbekam."

Ia sebagai intro saja. Yan tak berminat untuk mengulas panjang tentang berbekam memandangkan kalian boleh sahaja google. Apa yang Yan hendak meng-highlight-kan disini ialah Rasullullah amat menggalakkan umatnya berbekam.

Semasa peristiwa Isra' dan mi'raj, malaikat- malaikat yang bertemu dengan Rasullullah memesan kepada baginda agar menyuruh umatnya berbekam. Di sini kita boleh agak, terlalu pentingnya berbekam. Apa kebaikannya berbekam ini?

Seperti yang kita tahu, berbekam ialah mengeluarkan kotoran daripada darah kita. Jika kita membiarkan darah kita kotor, ia akan menjadi toksik dan bawa banyak keburukan kepada badan kita.  Antaranya darah menjadi berasid, kelesuan, jerawat, bisul (menandakan darah kita bertoksik), migrain dan lain-lain. Menurut sumber, terpulang sama ada mahu percayainya atau tidak, jin amat suka menumpang dalam badan orang yang berdarah kotor. Rasanya tak tipu. Sebab memang sifat jin suka terhadap benda-benda kotor dan busuk. sebab itu selalu perempuan yang sedang period amat-amat perlu menjaga kebersihan diri masa itu.
Selain itu, berbekam dapat menambahkan kecerdikan orang yang cerdik. Contohnya jika tahap IQ dia adalah 120, maka akan naik level sehingga lebih dari itu. hahaha. (serius ni)

Antara lelaki dan perempuan , yang mana lebih digalakkan berbekam?
Ustaz Yan ada bagi tahu. Perempuan ni untung sebab setiap bulan badan perempuan melakukan proses yang hampir sama dengan berbekam. Iaitu period. Sebab itu perempuan lebih sihat berbanding lelaki, katanya lagi. Jadi , lelaki lebih perlu berbekam. Jika perempuan berminat juga nak berbekam. Lagi la bagus. Kan bertambah awet muda. haha.

Alang-alang nak ikut sunnah, biarlah ikut betul-betul. Baru lah dapat pahala maximum. Bagaimana? Ikutilah nasihat-nasihat Rasul junjungan kita ini.
baginda menggalakkan berbekam pada hari dan waktu berikut:


  1. Berbekam pada hari Khamis akan mendapat berkat daripada Allah
  2. Pilih juga pada hari Selasa atau Isnin
  3. Jangan berbekam pada hari Rabu,Jumaat,Sabtu dan Ahad.
  4. Berbekam sebelum waktu makan akan menjadi ubat manakala berbekam selepas waktu makan akan menjadi racun.
  5. Berbekam pada setiap 17hb Hijri, InsyaAllah penyakitnya akan sembuh.
  6. Juga waktu afdhal berbekam : 2.00 pm- 3.00 pm kerana pada waktu itu darah sedang mengembang - Ibn Sina.


Nasihat Yan, sebelum berbekam, pastikan pilih tempat yang betul-betul dipercayai agar tak menimbulkan masalah dikemudian hari kepada kita :D


Kitab yang wajib dimiliki oleh umat Islam yang mengaku mencintai Rasullullah.

p/s- cara rawatan lintah yang popular suatu ketika dulu bolehkah disamakan dengan berbekam?

Karnival Kahwin-Kahwin Kedah 2012

8 April 2012 bersama dua orang rakan telah berkunjung ke karnival ni. Memandangkan 2/3 daripada kami Insyaallah akan melangkah ke alam baru, jadi kami mengambil insiatif sendiri untuk mengeksplore habis-habisan karnival ni. Maklumlah ini kali pertama Yan berkunjung tempat macam ni. Tambah pula langsung buntu tentang persiapan kahwin. sebelum ni langsng tak ambil kisah. Bila diri sendiri yang nak kahwin, baru kalam kabut. hehehe..Standart diri Yan. Apaapa hal pun, checkidaut! antara boots yang sempat Yan snap kerana dirasakan terlalu menarik hati :P

Ini lah boots kedua yang Yan target nak pergi. Konon nak jumpa bakal photographer face-to-face. Sebelum ni contact dengan alam maya saja. Tapi apakan daya.. dia tiada pula.. tetapi Yannak ucap terima kasih  banyak-banyak kat kawan Andalas ni, bro Haril Fani sebab layan kami yang bayak tanya ni.. haha..

 Wedding cake!! nyum! pilihla mana satu. Elegant atau cutecute. Yan prefer elegant!   (check duit tabung) :B

Pelamin style classic. Yan minat sangat! macam cerita melayu dulu-dulu.Barulah seperti raja sehari Tapi Yan rasa tak buat pelamin kut.. huhuhu~

Sebenarnya Yan tak tahu pula di Perlis ada kebun (?) madu. Macam-macam jenis madu ada. Paling Yan suka madu+ apple cider. Khasiat madu ada 1001. Apple cider pula dikatakan baik untuk mengurangkan kolestrol. hmm.. kena beli ni. kan sunnah makan madu >.<

Boot terakhir Yan kunjung, boot Premium Beautiful (maaf tiada gambar). Memandangkan badan Yan kurus tetapi kurang nampak shape-nya, Yan memang tercaricari corset yang berbaloi dan sedap. Tak nak la masa nak makan beradab nanti senak. dan masa sessi bergambar keras macam patung >.<"

Mula-mula nak masuk tu Yan  intai-intai dulu. ye la, Yan tau la sikit-sikit tentang corset ni. harga dia tak boleh tahan (masa tu dalam fikiran Yan sebab tak tau pelbagai kebaikan dia). Tiba-tiba ada seorang kak ni tarik tangan Yan katanya free fitting. Alamak, terperangkap pula. Tak apa lah. Cuba saja. Tak kena duit. sebab masa tu dalam tangan ada RM100 saja. hehehe.. habis shopping kat boots sebelum ni.

Yan cuma try waist nipper saja. dan..dan .. Yan rasa amat best! langsung tak rasa senak. baju dan seluar yang longgar ni bertambah longgar. Pinggang jadi secekak saja. Disebabkan Yan kata nak cepat, Kak tu takla bagi secara detail tentang kelebihan corset PB ni tapi Yan terus setuju nak beli. Hui! Harga nak dekat RM2000 tu tak nampak dah. Betullah orang kata, orang takkan kisah tentang harga asalkan mencapai kepuasan.

Disebabkan masa itu saiz Yan tiada stock, Yan terpaksa tunggu kak Faiz datang ke Perlis 3 hari kemudian bersamaan 11 April di Masjid Terapung (Detail ni sebab masa tengah tunggu di situ, Asia Tenggara kecoh dengan Tsunami ). Penantian 3 hari bagi Yan masa tu amat lama. Hebat betul aura PB ni <3

Saturday, 19 May 2012

Blogger Baru yang Noob

Assalamualaikum salam pembuka kata


Tujuan Yan  mewujudkan blog ini bukanlah untuk menambahkan jumlah blogger yang ada di dunia ini. Yan suka cerita atau kongsi ilmu yang biasanya berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan. Mungkin kerana sudah terdidik dengan mak ayah cikgu yang mengajar subject berkaitan dengan sains. Lagipun Yan pula boleh dikatakan berkerja dalam sektor kesihatan. Adalah tahu serba sedikit tentang ubat, anatomi dan seangkatan dengannya. Tidaklah pro tetapi apa salahnya kita sharing ilmu yang kita ada untuk di-upgradekan. Itukan lebih digalakkan dalam Islam (hikhik). Bak orang kata, sharing is caring. Jika terdapat salah silap yang menimbulkan perselisihan pendapat, Yan minta maaf awal-awal yer. Yan juga perempuan yang tak terlepas daripada ter-emo .huhu.. Peace!!

p/s Gambar ehsan google sekadar sebagai pengukir senyuman