Sunday, 20 May 2012

Berbekam itu Sunnah

"Berbekam atau Hijamah iaitu dengan cara menyayat bahagia kulit kemudian mengeluarkan darah kotor dengan menggunakan gelas atau alat berbekam."

Ia sebagai intro saja. Yan tak berminat untuk mengulas panjang tentang berbekam memandangkan kalian boleh sahaja google. Apa yang Yan hendak meng-highlight-kan disini ialah Rasullullah amat menggalakkan umatnya berbekam.

Semasa peristiwa Isra' dan mi'raj, malaikat- malaikat yang bertemu dengan Rasullullah memesan kepada baginda agar menyuruh umatnya berbekam. Di sini kita boleh agak, terlalu pentingnya berbekam. Apa kebaikannya berbekam ini?

Seperti yang kita tahu, berbekam ialah mengeluarkan kotoran daripada darah kita. Jika kita membiarkan darah kita kotor, ia akan menjadi toksik dan bawa banyak keburukan kepada badan kita.  Antaranya darah menjadi berasid, kelesuan, jerawat, bisul (menandakan darah kita bertoksik), migrain dan lain-lain. Menurut sumber, terpulang sama ada mahu percayainya atau tidak, jin amat suka menumpang dalam badan orang yang berdarah kotor. Rasanya tak tipu. Sebab memang sifat jin suka terhadap benda-benda kotor dan busuk. sebab itu selalu perempuan yang sedang period amat-amat perlu menjaga kebersihan diri masa itu.
Selain itu, berbekam dapat menambahkan kecerdikan orang yang cerdik. Contohnya jika tahap IQ dia adalah 120, maka akan naik level sehingga lebih dari itu. hahaha. (serius ni)

Antara lelaki dan perempuan , yang mana lebih digalakkan berbekam?
Ustaz Yan ada bagi tahu. Perempuan ni untung sebab setiap bulan badan perempuan melakukan proses yang hampir sama dengan berbekam. Iaitu period. Sebab itu perempuan lebih sihat berbanding lelaki, katanya lagi. Jadi , lelaki lebih perlu berbekam. Jika perempuan berminat juga nak berbekam. Lagi la bagus. Kan bertambah awet muda. haha.

Alang-alang nak ikut sunnah, biarlah ikut betul-betul. Baru lah dapat pahala maximum. Bagaimana? Ikutilah nasihat-nasihat Rasul junjungan kita ini.
baginda menggalakkan berbekam pada hari dan waktu berikut:


  1. Berbekam pada hari Khamis akan mendapat berkat daripada Allah
  2. Pilih juga pada hari Selasa atau Isnin
  3. Jangan berbekam pada hari Rabu,Jumaat,Sabtu dan Ahad.
  4. Berbekam sebelum waktu makan akan menjadi ubat manakala berbekam selepas waktu makan akan menjadi racun.
  5. Berbekam pada setiap 17hb Hijri, InsyaAllah penyakitnya akan sembuh.
  6. Juga waktu afdhal berbekam : 2.00 pm- 3.00 pm kerana pada waktu itu darah sedang mengembang - Ibn Sina.


Nasihat Yan, sebelum berbekam, pastikan pilih tempat yang betul-betul dipercayai agar tak menimbulkan masalah dikemudian hari kepada kita :D


Kitab yang wajib dimiliki oleh umat Islam yang mengaku mencintai Rasullullah.

p/s- cara rawatan lintah yang popular suatu ketika dulu bolehkah disamakan dengan berbekam?

No comments:

Post a Comment