Sunday, 20 May 2012

Karnival Kahwin-Kahwin Kedah 2012

8 April 2012 bersama dua orang rakan telah berkunjung ke karnival ni. Memandangkan 2/3 daripada kami Insyaallah akan melangkah ke alam baru, jadi kami mengambil insiatif sendiri untuk mengeksplore habis-habisan karnival ni. Maklumlah ini kali pertama Yan berkunjung tempat macam ni. Tambah pula langsung buntu tentang persiapan kahwin. sebelum ni langsng tak ambil kisah. Bila diri sendiri yang nak kahwin, baru kalam kabut. hehehe..Standart diri Yan. Apaapa hal pun, checkidaut! antara boots yang sempat Yan snap kerana dirasakan terlalu menarik hati :P

Ini lah boots kedua yang Yan target nak pergi. Konon nak jumpa bakal photographer face-to-face. Sebelum ni contact dengan alam maya saja. Tapi apakan daya.. dia tiada pula.. tetapi Yannak ucap terima kasih  banyak-banyak kat kawan Andalas ni, bro Haril Fani sebab layan kami yang bayak tanya ni.. haha..

 Wedding cake!! nyum! pilihla mana satu. Elegant atau cutecute. Yan prefer elegant!   (check duit tabung) :B

Pelamin style classic. Yan minat sangat! macam cerita melayu dulu-dulu.Barulah seperti raja sehari Tapi Yan rasa tak buat pelamin kut.. huhuhu~

Sebenarnya Yan tak tahu pula di Perlis ada kebun (?) madu. Macam-macam jenis madu ada. Paling Yan suka madu+ apple cider. Khasiat madu ada 1001. Apple cider pula dikatakan baik untuk mengurangkan kolestrol. hmm.. kena beli ni. kan sunnah makan madu >.<

Boot terakhir Yan kunjung, boot Premium Beautiful (maaf tiada gambar). Memandangkan badan Yan kurus tetapi kurang nampak shape-nya, Yan memang tercaricari corset yang berbaloi dan sedap. Tak nak la masa nak makan beradab nanti senak. dan masa sessi bergambar keras macam patung >.<"

Mula-mula nak masuk tu Yan  intai-intai dulu. ye la, Yan tau la sikit-sikit tentang corset ni. harga dia tak boleh tahan (masa tu dalam fikiran Yan sebab tak tau pelbagai kebaikan dia). Tiba-tiba ada seorang kak ni tarik tangan Yan katanya free fitting. Alamak, terperangkap pula. Tak apa lah. Cuba saja. Tak kena duit. sebab masa tu dalam tangan ada RM100 saja. hehehe.. habis shopping kat boots sebelum ni.

Yan cuma try waist nipper saja. dan..dan .. Yan rasa amat best! langsung tak rasa senak. baju dan seluar yang longgar ni bertambah longgar. Pinggang jadi secekak saja. Disebabkan Yan kata nak cepat, Kak tu takla bagi secara detail tentang kelebihan corset PB ni tapi Yan terus setuju nak beli. Hui! Harga nak dekat RM2000 tu tak nampak dah. Betullah orang kata, orang takkan kisah tentang harga asalkan mencapai kepuasan.

Disebabkan masa itu saiz Yan tiada stock, Yan terpaksa tunggu kak Faiz datang ke Perlis 3 hari kemudian bersamaan 11 April di Masjid Terapung (Detail ni sebab masa tengah tunggu di situ, Asia Tenggara kecoh dengan Tsunami ). Penantian 3 hari bagi Yan masa tu amat lama. Hebat betul aura PB ni <3

No comments:

Post a Comment